Malaysia Dateline

Kerajaan tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan tetapi menyerahkannya kepada sektor swasta.

“Sektor swasta mempunyai idea untuk menjana  wang dan mereka berhati-hati dengan wang mereka. Kerajaan tidak mempunyai bantahan kerana 26 peratus daripada apa yang anda buat (sektor swasta) adalah milik kita dan ini adalah perniagaan yang baik, ” katanya yang merujuk kepada cukai yang dikutip oleh kerajaan daripada  sektor swasta.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan  Dash Resort, sebuah resort antarabangsa baharu di Pantai Tengah di sini

Dr Mahathir  juga memuji kejayaan pengurusan syarikat  Dash Resort, Ri-Yaz Hotels and Resorts kerana dapat  menukarkan bangunan yang dahulunya  pejabat kerajaan  menjadi tempat  penginapan  yang menarik dan dan bertaraf tinggi.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Yaz, Datuk Seri Mohammed Shaheen Shah Mohd Sidek berkata mereka yakin ini akan menjadi tambahan kepada apa yang ditawarkan di Langkawi dan pastinya akan meningkatkan jumlah pelancong di pulau ini .

“Kami berbangga dapat memberikan pengalaman positif kepada  pelawat yang berkunjung ke pulau ini,” tambah beliau.

— BERNAMA