Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan timbang lancar pakej rangsangan ekonomi susulan koronavirus

Kerajaan timbang lancar pakej rangsangan ekonomi susulan koronavirus

BernamaFebruary 10, 2020 3:16 pm




 Kerajaan sedang menimbang melancarkan pakej rangsangan ekonomi untuk meningkatkan ekonomi tempatan berikutan cabaran yang dihadapi akibat daripada penularan pantas novel koronavirus 2019, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata industri pelancongan merupakan sektor yang paling terjejas akibat daripada penularan virus itu kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Justeru itu, katanya, kerajaan telah merangka rancangan untuk mengurangkan impak koronavirus ke atas ekonomi.

“Sewaktu kita mengumumkan kempen tersebut, kita tidak menjangkakan penularan coronavirus ini. Tetapi sekarang kita perlu menghentikan penerbangan ke beberapa kawasan di China,” katanya semasa sesi soal jawab bersama syarikat multinasional Perancis, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata pelancong China menyumbang bahagian yang besar daripada pasaran pelancong oleh itu keseluruhan industri akan berdepan dengan impak ekoran ketiadaan mereka akibat penularan virus tersebut.

Dilaporkan bahawa syarikat penerbangan seluruh dunia termasuk Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan banyak penerbangan ke dan dari China di tengah-tengah kebimbangan terhadap coronavirus.

Setakat hari ini, lebih 900 kematian akibat coronavirus direkodkan dengan lebih 40,000 kes disahkan dicatatkan di seluruh dunia.

Sementara itu mengenai pengambilalihan Malaysia Airlines, Dr Mahathir berkata kerajaan masih belum memutuskan siapa yang akan mengambil alih syarikat penerbangan nasional itu.

Sebelum ini media melaporkan beberapa syarikat penerbangan menunjukkan minat untuk mengambil alih Malaysia Airlines.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Dr Noor Hisham lebih layak jadi Menteri Kesihatan ganti Adham

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Terkini

Cabaran dunia pasca Donald Trump

Biden dan Dasar Pivot Asia 2.0?

Kes baru dan kes sembuh COVID-19 catat rekod baharu

Lulus lawatan ke pejabat DAP, pensyarah UiTM dipaksa letak jawatan?

Enigma Mahathir

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production