Malaysia Dateline

Kesesakan di Tambak Johor

Kerajaan tubuh JK atasi kesesakan tambak Johor mengantikan Pasukan Petugas Khas

Satu Jawatankuasa Khas Mengenai Kesesakan di Tambak Johor dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri ditubuhkan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipertanggungjawabkan sebagai Urus SetiaJawatankuasa Khas tersebut, manakala Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan di peringkat Negeri Johor dibubarkan.

Ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Khas semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan KDN yang diketuai Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas itu bertujuan membuat keputusan dasarmelibatkan pelaksanaan inisiatif bagi menangani kesesakan di pintu-pintumasuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.

“Berdasarkan pembentangan, mesyuarat telah mempertimbang danmemutuskan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjadi pengurus bangunan BSI dan KSAB.

“Mesyuarat juga bersetuju mewujudkanJawatankuasa Kecil dianggotai oleh beberapa Menteri serta wakilkerajaan negeri Johor, yang dipengerusikan oleh YB Menteri DalamNegeri untuk menyusuli dan memperhalusi inisiatif-inisiatif yangdisyorkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Kesesakan diTambak Johor.,” kata kenyataan itu.

Antara inisiatif segera yang akan dipertimbangkan dan diperakukan bagi menangani kesesakan di kedua-dua pintu masuk itu adalah dengan meluluskan peruntukan khas dan tambahan bagi BSI dan KSAB; menubuhkan satu badan tunggal mengawal sempadan negara dan pintu pintu masuk termasuk pelabuhan-pelabuhan (Single Border Agency) dan:mengecualikan dasar kawalan pengisian bagi perjawatan di Pintu Masuk kepada pengisian penuh dan: mengadakan kajian bagi mengenal pasti isu, cabaran dan hala tuju untuk keperluan kapasiti penggunaan masa hadapan.

Mesyuarat juga berbincang dan bersetuju memperhalusi beberapa syor lain yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Khas, antaranya melebar dan memanjangkan Tambak Johor;membina laluan pejalan kaki berbumbung di Tambak Johor;membina laluan kapal di Tambak Johor dan:embesarkan kompleks Pintu Masuk sedia ada di Tambak Johor,” ujar kenyataan itu lagi.