Malaysia Dateline

#KerajaanGagal: Dari media sosial ke jalanraya

Kemarahan orang ramai terhadap pengurusan Covid-19 yang dikatakan kluk klek kini berkembang setapak lagi dari hanya diluah dalam media sosial kini ke jalan-jalan raya pula.

Dengan kain banting besar “Kerajaan Gagal” sekumpulan remaja bermotosikal di lihat membuat protes di sebuah persimpangan lampu isyarat di Parit Raja, Batu Pahat, Johor dan kini menjadi tular.

Ia dimulakan oleh sebuah laman Facbook, Otai Johor yang memuatnaik video mengenainya yang dikatakan diperolehi dari kumpulan Whatsapp.

Selain menaikkan kain rentang besar itu, mereka memainkan bunga api serta mercun yang menyebabkan kemerahan memenuhi kawasan itu.

Sebelum ini, #KerajaanGagal telah menjadi paling tular dalam media sosial khasnya Twitter.