Malaysia Dateline

#KerajaanGagal di Batu Pahat: Jangan sembrono kaitkan saya, kata Puad Zarkashi

Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi menafikan beliau terlibat dalam rusuhan Kerajaan Gagal di Parit Raja, Batu Pahat semalam.

“Perlu dijelaskan, Parit Raja berada dalam kawasan Parlimen Seri Gading bukan Parlimen Batu Pahat.

“Maka jangan tuduh semberono,” kata beliau mengulas tentang dakwaan beliau terlibat dalam rusuhan di Parit Raja semalam.

Menurut beliau, ada individu yang cuba kaitkannya dengan kejadian perhimpunan, bakar suar dan pamer kain rentang ‘Kerajaan Gagal’ di Parit Raja, Batu Pahat.

“Mungkin, pertama kerana saya Ketua Umno Bahagian Batu Pahat.

“Kedua, kerana saya konsisten mengatakan Kerajaan PM 8 memang “Kerajaan Gagal”.

Namun begitu Puad berkata, sepatutnya orang ramai berfikir kenapa ia dilakukan.

“Sepatutnya yang perlu difikirkan kenapa di hari raya pertama rakyat sanggup buat perkara tersebut.

“Jangan fikir soal nak tangkap mereka sahaja,” katanya.

Bagi Puad, bukan bukan itu sahaja yang dilakukan oleh rakyat sempena raya tahun ini.

“Ada yang berhari raya di lebuh raya sambil tayang sepanduk “Kerajaan Gagal”.

“Semoga PM 8 berpijak di bumi nyata. Tahniah orang Parit Raja,” kata beliau.