Malaysia Dateline

‘Kerana pencabar saya seorang menteri, maka mantan menteri ini turun bertarung’- Dzulkefly

Pada Mei lalu, penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad pernah menyatakan hasrat untuk mengundur diri dan memberi laluan kepada calon muka baharu di kerusi Parlimen yang disandangnya.

Bagaimanapun, hasrat itu dilupakan selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan nama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk bertanding di Parlimen berkenaan.

Atas sebab itu beliau berkata, keputusannya untuk kembali bertanding kali ini adalah atas arahan Pakatan Harapan (PH) agar mempertahankan kerusi itu.

“Saya akan mempertahankan kerusi P096 Kuala Selangor setelah Umno dan Barisan Nasional (BN) tekad menurunkan Tengku Zafrul. Kerana pencabar saya seorang menteri, maka mantan menteri ini turun bertarung.

Saya kira wajar untuk saya mentaati pimpinan parti dan juga syor dari pengundi-pengundi saya yang memohon supaya saya terus pertahan kerusi in

Jadi, saya sangat teruja dan mereka mahukan lagi khidmat saya sejak 2008 lagi sehingga kini. Ini kelebihan yang tiada pada Tengku Zafrul,” katanya

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pengenalan Calon-calon Parlimen Pakatan Harapan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, malam tadi.

Pada PRU15 ini, Dr Dzulkefly yang juga bekas Menteri Kesihatan ditentang Tengku Zafrul dari BN, manakala Perikanan Nasional pula diwakili calon Pas, Muhammad Rashid Mohd Kassim dan calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jeram, Mohd Shaid Rosli.