Malaysia Dateline

Kerana tagih judi sanggup jual pagar kubur dengan harga RM42.66

Seorang penagih sanggup menjual pagar kubur dengan harga yang paling murah iaitu RM42.66 semata-mata untuk mendapatkan wang.

Beliau yang berusia 38 tahun sanggup mencuri pagar besi di tanah perkuburan sebelum menjualnya dengan harga 150,000 Rupiah (RM42.66)

Kecurian itu dilapor berlaku di tanah perkuburan awam Turida, Sandubaya, Kota Mataram, Lombok.

Ketua Polis Sandubaya, Nasrullah mengesahkan suspek ditahan dan telah mengaku mencuri pagar itu serta menjualnya kepada penjual besi buruk.

“Suspek keluar mencuri pada waktu malam dan dia menendang serta merosakkan pagar itu hingga ia terlerai daripada konkrit.

“Pagar besi berkenaan kemudiannya dijual dan dia berhasil mendapat 150,000 rupiah (RM42.66),” katanya yang dilapor Kompas.

Ekoran daripada itu, penduduk mengalami kerugian 2.5 juta Rupiah (RM710.96) akibat tindakan tidak bertanggungjawab suspek.

Ketika ditanya media, suspek mengaku dia ketagih berjudi dan menjual pagar dicuri untuk menampung duit judinya.

“Empat kali saya mencuri dan dua kali dimasukkan ke penjara. Saya khilaf,” katanya yang memberitahu pernah terbabit kesalahan dadah.

Untuk kesalahan berkenaan, suspek berdepan hukuman penjara lima tahun dan disiasat mengikut Pasal 362 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP).

Baca juga: Orang macam Sany Hamzan perlu ada dalam dewan, buat PN tak senang duduk