Kerangka Pertahanan dibangunkan demi keselamatan serantau, global

Kerangka Pertahanan dibangunkan demi keselamatan serantau, global

Kementeria Pertahanan menerusi Kertas Putih Pertahanan (KPP) akan mewujudkan ekonosistem strategik seimbang diantara rantau Asia Pasifik dan Lautan Hindi menerusi Kerangka Pertahanan yang dibangunkan.

Menterinya Mohamad Sabu ketika membentangkan usul KPP di Dewan Rakyat hari ini menjelaskan, berdasarkan penilaian keatas lanskap keselamatan serantau dan global, Malaysia perlu mempertahankan kepentingannya menerusi penerokaan strategi jangka panjang yang proaktif.

“Strategi ini melibatkan elemen pertahanan sebagai komponen utama dan menyokong perkongsian kemakmuran, perkongsian keselamatan dan perkongsian identiti di peringkat kebangsaan dan serantau.

“Malaysia akan mewujudkan ekosistem strategik yang seimbang dengan kerjasama lebih luas dan mencipta opsyen dasar yang lebih banyak dengan memainkan peranan sebagai gerbang penjalin di antara rantau Asia Pasifik dan Lautan Hindi.

Malaysia akan memaksimumkan kelebihan yang dimilik sebagai sebuah negara “maritim di susur galur kebenuaan yang berada di antara Laut China Selatan dan Lautan Pasifik dengan Selat Melaka dan Lautan Hindi.

“Dalam menyelaraskan postur pertahanan negara sejajar dengan dasar keselamatan negara dan dasar luar negeri, Kerangka Pertahanan Negara telah dibangunkan,” ujarnya hari ini.

KPP adalah pertama seumpanya dirangka di bawah kerajaan baharu bagi membolehkan rakyat mengetahui perancangan dan keutamaan aspek keselamatan masa depan.

KPP akan menentukan landskap pertahanan merangkumi aspek strategi, elemen dan pendekatan pertahanan yang bakal diguna membabitkan semua agensi keselamatan sedia ada.