Kerap tahan kencing, doktor jumpa batu karang bentuk halia dalam badan wanita

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita tidak menyangka, sakit pinggang yang dialaminya selama lebih dua tahun akhirnya membawa dirinya ke meja bedah.

Kerap menahan untuk membuang air kecil dan jarang minum air masak membuatkan buah pinggang wanita itu dipenuhi dengan batu karang.

Mengejutkan, petugas kesihatan menemukan batu karang berbentuk halia setelah melakukan pembedahan terhadap wanita itu.

Penemuan itu dikongsikan dalam bentuk video oleh seorang petugas kesihatan menerusi satu hantaran yang tular di laman TikTok.

“Ketika diselidik, pesakit mengaku bekerja dalam bilik berhawa dingin. Ketika bekerja, dia sering duduk selama berjam-jam. 

“Ini menyebabkan dia jarang minum air putih kerana malas berulang alik ke bilik air,” tulis keterangan video yang difahamkan berlaku di Indonesia.

@fujiassahar

Ini bisa jadi pelajaran bagi kita semua bahwa yg enak tidak selamanya baik #edukasikesehatan #edukasi #kesehatan #ginjal #urology #nursesoftiktok

♬ suara asli – 99.9% – Lidya Fara

Menurut Fuji, pesakit itu juga gemar menikmati minuman di dalam tin atau botol, makanan laut serta hidangan yang terlampau manis serta masin.

Memburukkan keadaan, pesakit berkenaan juga suka menahan kencing terlalu lama sehingga menjejaskan kesihatannya.

Sebelum dibedah, wanita itu sempat berkongsi bahawa air kencingnya terkadang keluar berwarna merah dan bercampur nanah.

“Ini boleh jadi pengajaran bagi kita semua bahawa yang enak tidak selamanya baik.” Ulas petugas kesihatan itu.

Baca juga: Bergelar bapa dua anak, bekas kekasih Sajat kini bahagia bersama isteri