Malaysia Dateline

‘Kereta Batman’ kena handle basikal budak – Ini reaksi usahawan burger

Usahawan burger, Syukor Majid menceritakan bagaimana sekumpulan kanak-kanak yang bermain basikal teruja dengan kereta berwarna hijau dimiliknya.

Digelar “kereta Batman” oleh kanak-kanak terbabit, reaksi beliau selepas keretanya kena calar mengundang kelucuan hati warganet.

Ikuti nukilan ahli perniagaan menerusi jenama Syukor Burger ini yang sempat mengusik:

Kelmarin abang panaskan enjin kereta baby Nur Aini. Alang-alang tu singgah kedai runcit, beli biskut, buat buah tangan untuk Sarah, maklumlah isteri outstation.

Keluar dari kedai runcit, nampak budak-budak main basikal pakat duk kerumun kereta, sambil duk “huyoooo kereta batman.”

Tengah duk syok “huyooo”, tiba-tiba sorang budak terjatuh, dia jatuh tu abang tak kisah, yang abang kisahkan handle basikal dia kena kereta. Budak-budak tu semua apa lagi, lari lintang pukang.

Tak patutlah buat macam tu, kenalah bertanggungjawab. Abang bukan nak mintak duit pun, paling tidak bagilah nombor telefon kakak, manalah tau handle basikal adik jadi jambatan cinta antara abang dengan kakak adik.

Baca juga Dari menteri sampai ke pengarah Prasarana tidak faham kepayahan rakyat bergantung pada pengangkutan awam

Baca juga Dapat gaji awal sempena PRU 15, untunglah penjawat awam dan pesara kerajaan