Malaysia Dateline

Kereta bekas Pesuruhjaya Pas Selangor hangus terbakar

Kereta bekas Exco Selangor, Sallehen Mukhyi hangus terbakar di KM 171 dekat Tasik Banding, Perak malam tadi.

Namun beliau serta keluarga yang sedang dalam perjalanan pulang dari Selangor ke Jerteh, Terengganu selamat.

“Syukur pada Allah, semua keluarga dalam perjalanan balik Jerteh, Besut selamat,” tulis bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dalam facebook beliau.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 malam tadi.

“Secara tiba-tiba kereta saya terbakar malam tadi,” kata Sallehen ketika memberikan kuliah Subuh beliau di sebuah masjid pagi ini.