Satu rakaman video yang memaparkan aksi seorang wanita memecah cermin hadapan sebuah kereta yang menghalang kenderaannya untuk keluar dari petak parkir buat warganet terkejut.
Menerusi video yang dirakam individu dipercayai penduduk di kawasan rumah pangsa kos rendah itu, seorang lelaki keluar mendapatkan kereta merahnya sejurus wanita itu memecahkan cermin.
Rata-rata netizen menyalahkan pemilik kereta yang dipecahkan itu kerana berkemungkinan telah menarik handbreak selepas meletak kenderaannya secara berlapis.
Tambah membuatkan wanita itu barangkali amat berang, mungkin pemilik kereta Kancil itu langsung tidak letak nombor telefon untuk dihubungi.
“Tinggalkanlah nombor telefon depan cermin kereta tu. Akai takdak? Sekarang (dah cermin kereta dipecah) baru ada akai,” kecam Sofizan.

Seorang netizen lain juga mengingatkan dalam keadaan parkir berlapis, tidak perlu tarik handbreak.
“Kancil memang bijak, tapi pemilik Kancil yang tak bijak,” katanya.
Bagaimanapun, sesetengah warganet menyifatkan tindakan wanita itu sebagai keterlaluan.
“Yang kaya hina yang susah. Walaupun kereta dia buruk, cakaplah elok-elok, bukan naik kereta besar berlagak macam tu. Tunggu giliran akak ya,” kata Fadzly.
Sementara itu, Muhammad Zahran Dzulkifly pula menulis, “Nampak gaya si pelaku orang kaya. Wang ada bolehlah buat begitu.”
Baca juga Rapat terus ke bahu jalan, situasi kemalangan ini jadi perdebatan warganet