Malaysia Dateline

Kereta orang awam diconteng budak lelaki dengan ayat kesat, netizen syak warga Rohingya

Beberapa buah kenderaan menjadi sasaran vandalisme disyaki dilakukan seorang kanak-kanak lelaki dalam satu kejadian di sekitar Tingkat Kenari Sungai Ara, Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian Twitter @isusemasaviral, beberapa biji kereta yang diparkir di tepi jalan diconteng dengan semburan cat kekal yang tertulis kata-kata kesat.

Laman itu juga memuat naik gambar seorang kanak-kanak lelaki berbaju t-shirt merah jambu dipercayai pelaku yang menconteng kereta-kereta orang awam.

“Suspek telah spray bahagian tepi kereta dengan perkataan tidak senonoh. Kejadian berlaku petang tadi di sekitar Tingkat Kenari Sungai Ara,” maklum laman Twitter itu.

Warganet membuat spekulasi mengatakan kanak-kanak itu terlihat seperti warga Rohingya.

Bagaimanapun identiti budak tersebut tidak dapat dikenalpasti.

Kredit: Isu Semasa Viral