Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kereta terbang bukan konsep Wawasan 2020 diilhamkan, kata Mahathir
Menteri Pembangunan USahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof bersama prototaip kereta terbang yang juga dikebali sebagai 'Syuper Dron'.

Kereta terbang bukan konsep Wawasan 2020 diilhamkan, kata Mahathir

MALAYSIADATELINEJanuary 6, 2020 11:56 am




Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, walaupun kereta terbang itu dianggap kemajuan teknologi, ia bukan konsep Wawasan 2020 yang beliau ilhamkan 29 tahun dahulu.

Wawasan itu sebaliknya, menekankan kepada sembilan cabaran kemasyarakatan yang perlu diatasi dalam usaha menjadikan Malaysia diiktiraf sebagai negara maju.

“Wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Untuk menjadi negara maju ini, kita hendaklah mengatasi sembilan cabaran Wawasan 2020, iaitu negara yang bersatu; berjiwa bebas; demokratik; bermoral dan beretika; liberal; progresif dan saintifik; penyayang; adil dalam bidang ekonomi; serta makmur.

 “Inilah tujuan kita, yang mana kalau kita capai tujuan sembilan ini, maka kita akan dianggap negara maju,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama radio Kool FM yang ke udara pagi ini seperti dipetik Astroawani.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, negara juga perlu mencapai kemajuan dalam bidang-bidang lain seperti pelajaran, teknologi, sosial, ekuiti dan sebagainya.

Tambahnya, pada hakikatnya, negara ketika ini telah mencapai banyak kemajuan dan perubahan berbanding pada ketika wawasan itu dilancarkan pada 1991.

“Walaupun kita tidak capai sepenuhnya, tapi sedikit sebanyak kita capai Wawasan 2020. Kalau dibandingkan Malaysia hari ini, 2020, dan Malaysia di waktu kita melancarkan wawasan ini, 1991, kita akan lihat perbezaannya.

“Rakyat lebih makmur, negara lebih makmur dan pembangunan sudah terlihat jelas di seluruh negara. Infrastruktur lebih baik. Tetapi kita belum sampai tahap negara maju kerana ada bidang tertentu kita ketinggalan. Inilah menyebabkan kita akui tidak mencapai Wawasan 2020,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, beliau mengharapkan agar masyarakat dapat memahami dengan lebih mendalam konsep sebenar wawasan itu.

“Saya harap tidak ada pihak lagi yang bercakap Wawasan 2020 ini bermakna ada kereta bermotor boleh terbang. Itu bukan wawasan kita.

“Itu adalah kemajuan yang dicapai di negara lain, tidak berbentuk kereta tetapi berbentuk satu kenderaan yang boleh terbang dan boleh membawa orang di dalamnya dan merupakan satu jenis dron.

“Itulah yang telah dicapai di negara lain. Tetapi di Malaysia, kita boleh lihat kenderaan seperti ini di kemudian hari,” katanya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production