Malaysia Dateline

Kerja 24 jam elaun guru warden asrama bukan sahaja sedikit bahkan tiada perlindungan

Tidak dinafikan tugas sebagai guru warden asrama bukanlah tugas yang mudah malangnya elaun yang diperoleh mereka bukan sahaja sedikit bahkan tiada perlindungan apatah lagi mereka umpama bekerja 24 jam.

Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, golongan ini bekerja seolah-olah tanpa henti bagi memantau dan menjaga anak-anak tinggal di asrama yang diamanahkan oleh ibu bapa.

Katanya, nisbah jumlah pelajar dengan jumlah warden adalah amat berbeza, selain daripada elaun atau peruntukan warden asrama yang sedikit, mereka juga tiada perlindungan asas khususnya apabila timbul isu atau kes-kes di asrama seperti buli, kecurian, keselamatan, dan sebagainya.

Kerja 24 jam elaun guru warden asrama bulan saja sedikit bahkan tiada perlindungan
Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub

Justeru Ahli Parlimen Pulai ini meminta kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar membuat penilaian semula terhadap kadar elaun dan sistem perlindungan kepada para warden asrama.

“Para warden memikul beban tanggungjawab yang berat dan besar, terutamanya bagi sekolah asrama yang mempunyai kapasiti pelajar yang ramai seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP),” katanya.

Kementerian Pendidikan (KPM) sedar isu berkaitan guru warden asrama sudah berlarutan sekian lama namun begitu ada kekangan-kekangan tertentu yang sedang diselesaikan.

Sebelum ini, ada pihak yang menggesa KPM mengkaji elaun guru warden asrama yang didakwa terlalu rendah iaitu RM240 sebulan yang dilihat tidak setimpal kerana mereka terpaksa bertugas sehingga 24 jam sehari.

Baca juga: Selesai pemilihan PKR fokus utama perkukuhkan kerjasama PH hadapi PRU15, kata DAP

Baca juga: Pelik! Biri-biri jantan dipenjara 3 tahun kerana membunuh