Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerja belum jalan tapi sudah rebut kuasa, selar Dr Siti Mariah

Kerja belum jalan tapi sudah rebut kuasa, selar Dr Siti Mariah

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHMarch 12, 2020 4:03 pm




Beberapa ahli rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) terutama Umno yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap komposisi jawatan dalam Kabinet, dilabel sebagai ‘tidak sedar diri’.

Naib Presiden AMANAH, Dr Siti Mariah Mahmud, berkata, mereka yang lantang mengkritik itu hakikatnya bukanlah terbentuk menjadi kerajaan atas undi rakyat.

ADUN Seri Serdang itu secara sinis malah menasihatkan, agar mereka yang dilantik mahupun tidak, bersyukur dengan jawatan yang dimiliki.

“Saya nak cakap dengan mereka ini, mereka semua tidak sedar diri.

“Sebab mereka tidak dipilih oleh rakyat untuk memerintah. Mereka sebenarnya sudah dikira kerajaan pintu belakang.

“Itu pun sepatutnya bersyukurlah dapat jawatan. Kena ingat, dengan jawatan itu, ada tanggungjawabnya,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Pada masa sama, Exco Kesihatan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Kerajaan Negeri Selangor itu berkata, pada akhirnya Umno sudah memperoleh apa yang mereka mahukan dengan meniupkan sentimen Melayu Islam.

Justeru itu katanya, semua pihak akan terus menilai apa yang akan dilakukan mereka pada ketika khidmat demi rakyat masih belum dilaksanakan namun episod rebutkan kuasa pula sudah semakin kelihatan.

“Jadi, sekarang ini mereka sudah dapat apa yang mereka mahu. Walaupun itu bukan mandat rakyat pada pilihan raya lepas.

“Kerja pun belum berjalan, tapi kita sudah nampak perebutan dan tamak kuasa semakin menonjol,” ujarnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman berkata, Umno sepatutnya diberikan kementerian yang lebih penting dalam kerajaan.

Dalam ciapan melalui twitternya itu, Azalina berkata kementerian seperti Wanita, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar Bandar, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian yang selayaknya diberikan kepada parti tu.

Pada masa sama, Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad turut menimbulkan isu sama dengan mendakwa kedudukan Umno yang mempunyai paling banyak kerusi dalam PN telah dipinggirkan.

Shahrir mempersoal mengapa Umno Sabah ditinggalkan begitu sahaja tanpa penglibatan pemimpin mereka di peringkat Persekutuan.

Malah, Datuk Annuar Musa yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan juga mencadangkan agar Parlimen dibubarkan.

Keadaan itu turut menarik perhatian penganalisis politik, Mohamad Azlan Zainal dengan menggambarkan apa yang berlaku seperti ‘rumah siap, pahat berbunyi’, membayangkan Umno tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dalam kerajaan dipimpin Muhyiddin pada masa ini.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production