Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerjasama dengan PH tidak jejas perjuangan Warisan pertahan hak Sabah

Kerjasama dengan PH tidak jejas perjuangan Warisan pertahan hak Sabah

BernamaJanuary 8, 2020 11:17 am




Kerjasama Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan Pakatan Harapan (PH) tidak menjejaskan perjuangan parti tempatan Sabah itu dalam mempertahan dan memperjuangkan hak negeri ini.

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata walaupun Warisan tidak menyertai gabungan dalam PH, hubungan antara kedua-dua parti berkenaan baik, sama ada di peringkat negeri dan Persekutuan.

“Menerusi kerjasama itu, kami (wakil rakyat Warisan) ada dilantik dalam Kabinet Persekutuan dan kami juga melantik mereka (wakil rakyat PH) dalam Kabinet negeri,” katanya ketika melawat Pusat Daerah Mengundi Parti Warisan Sabah (Warisan) di Kampung Simpangan pada Selasa.

Tiga wakil rakyat Warisan dilantik sebagai menteri dalam Kabinet Persekutuan ialah Datuk Darrel Leiking sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Mohamaddin Ketapi (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) dan Datuk Liew Vui Keong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah berkata hak penduduk negeri ini akan terus menjadi keutamaan dalam perjuangan Warisan, termasuk dalam soal pembangunan yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan Sabah ditubuhkan berasaskan kepada pelbagai kaum sejajar dengan kepelbagaian penduduk di negeri ini.

Mohd Shafie berkata perkara itu dapat dilihat menerusi lantikan dalam kalangan tiga timbalannya yang mewakili kaum di negeri ini.

Katanya, Datuk Christina Liew mewakili kaum Cina; Datuk Madius Tangau daripada kaum Kadazan Dusun Murut manakala Datuk Jaujan Sambakong mewakili Bumiputera Islam di Sabah.

“Lantikan ahli dalam Kabinet negeri adalah seimbang dengan mewakili pelbagai kaum di negeri ini,” katanya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production