Kerjasama Pas dengan Umno tidak semudah itu…

Kerjasama Pas dengan Umno tidak semudah itu…
Muktamar Pas di Kuantan baru-baru ini meluluskan kerjasama antara parti itu dengan Umno tetapi tidak semudah itu di bawah sana.

Pergabungan dan kerjasama antara Umno dengan Pas nampaknya tidak berjalan dengan mudah apabila ramai pemimpin akar umbi kedua-dua parti itu tidak boleh menerimanya dengan baik.

Ia disuarakan secara tertutup bahkan ada yang menyuarakan bantahan itu secara terbuka termasuk di dalam Pas sendiri yang terkenal sebagai parti yang dikatakan ‘berdisiplin’.

Tulisan Fatah Haron mendapat pelbagai reaksi di kalangan penyokong dan penentang Pas.

Antaranya yang menyuarakannya secara terbuka adalah Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Kelantan, Abdul Fatah Haron.

Beliau berterusan menyerang Umno ketika Pas sudah mengisytiharkan secara terbuka untuk berkerjasama dengan parti itu sehingga menimbulkan kemarahan penyokong tegar Pas.

“Ambo (saya) serang Umno, tapi yang sibuk kaki bodek Pas he he he,” tulis Abdul Fatah, bekas Ketua Penerangan Pas Kelantan dan ahli Parlimen Rantau Panjang itu dalam facebook beliau.

Ini berikutan tulisan seorang penyokong tegar Pas yang menulis,”Jangan jadi macam YDP Pas Rantau Panjang yang berterusan menyerang Umno dan mendiamkan diri terhadap PH…”

Fatah adalah antara pemimpin pertengahan Pas yang tidak menyokong kerjasama antara Pas dengan Umno.

Fatah mempersoalkan, “…apakah menjadi kewajipan kepada kita berjuang sehingga mati parti politik yang sebelum ini telah terbukti tidak melaksanakan Islam semasa parti itu memerintah sebuah negara?”

Selain Fatah, ramai aktivis Pas selama ini bila ditemui memberikan pandangan sinis terhadap Pas.

Bagi mereka, kenapa Pas bekerjasama dalam gelap dengan Umno sebelum ini sehingga memecahkan parti itu kepada dua.

Azmi Rahman misalnya.

Secara sinis apabila ada penyokong tegar Pas berkata “Yang penting wajib jatuhkan pakatan ****** atau pakatan *** deh,” beliau menjawab:

“Setuju…kita pakat penaik penyangak duit rakyat dan lebai klaroh pulokk,” sindir Azmi dalam perdebatan melalui facebook.

Muktamar Pas di Kuantan baru-baru ini meluluskan kerjasama antara parti itu dengan Umno.