Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerjasama pengamal perubatan am swasta dan KKM, mampu beri perkhidmatan kesihatan terbaik

Kerjasama pengamal perubatan am swasta dan KKM, mampu beri perkhidmatan kesihatan terbaik

AKMAL MANAFJune 11, 2019 8:45 pm




 

Pengamal perubatan am swasta dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu terus bersama-sama berganding bahu dalam memastikan rakyat di negara ini, terus mampu mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan terbaik.

Menterinya, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sesi townhall yang diadakan hari ini diharap menjadi permulaan untuk mencari penyelesaian ‘menang-menang’, demi kelangsungan khususnya pengamal perubatan am swasta dan kebajikan rakyat.

Beliau berkata, peranan dan sumbangan pengamal perubatan am swasta dalam memastikan kesihatan rakyat terjaga, memang tidak dapat dinafikan.

“Kerjasama KKM dengan pengamal perubatan am swasta bukanlah perkara baharu. Ini dapat diperhatikan melalui kerjasama dalam menjalankan saringan ke atas pekerja asing dengan klinik perubatan swasta yang menjadi panel FOMEMA, dan ia telah berjaya mencegah penularan penyakit berjangkit di negara kita.

“Terbaharu, adalah penglibatan pengamal am swasta dalam Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40). Sejak ia dilaksanakan pada 15 April lalu sehingga semalam, sejumlah 1,040 pengamal perubatan am swasta telah didaftarkan untuk menyertai skim ini (13.25 peratus) jumlah GP di seluruh negara.

“Jumlah pesakit yang disaring oleh pengamal perubatan am swasta pula telah mencecah lebih 12,000 orang.

“Kerjasama ini adalah bukti pengamal perubatan am swasta tidak pernah dipinggirkan kemampuannya,” katanya dalam ucaptama sesi townhall 2019, di Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), hari ini.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata walaupun rakyat sedang berdepan dengan perubahan tampuk pimpinan negara pada hari ini, namun kerajaan akan terus mengambil berat peranan dan fungsi pengamal perubatan am swasta sebagai gate-keeper di peringkat penjagaan kesihatan primer, terutama menangani penyakit tidak berjangkit (NCD).

Katanya, pihaknya mendengar dan mengambil maklum mengenai cabaran yang dihadapi pengamal perubatan am swasta antaranya, kenaikan kos pengendalian klinik perubatan am swasta, isu Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) dan juga cadangan kawalan harga ubat.

“Daripada aspek latihan dan pengiktirafan pengamal ini, kami telah mengambil langkah sewajarnya bagi meneroka laluan alternatif untuk latihan dalam bidang Perubatan Keluarga.

“Justeru, dengan adanya laluan alternatif ini kelak, saya berharap pengamal perubatan am swasta ini akan mempunyai lebih pilihan dan peluang untuk latihan.

“Namun begitu dalam membuat sebarang keputusan, kerajaan perlu mengambil kira kesan buruk dan baik terhadap rakyat, tetapi ia tidak bermakna kebajikan pengamal perubatan am swasta diabaikan,” katanya lagi.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production