Kerjasama Umno-Pas: Hanya calon SPM lawan tokoh Pas di Terengganu

Umno dan Pas kini sah sekapal.

Setelah kecoh menerima ‘derma’ dari Umno, kini media sosial kecoh pula isu calon Umno di Terengganu di kawasan tertentu yang katakan tidak berkelayakan.

Seolah-olah semacam wujud persefahaman antara kedua-dua parti berkenaan di negeri penyu itu, Umno meletakkan calon yang tidak layak untuk memenangkan Pas di kerusi-kerusi tertentu.

Paling ketara adalah calon Umno di parlimen Marang yang bakal ditandingi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi akan ditentang oleh calon Umno, Mohamad Nor Endut yang hanya bekelulusan SPM sahaja.

Mohamad Nor juga hanya AJK Umno Bahagian Marang dan bekerja sebagai Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Payong sahaja.

Tahun lepas, ketika Umno Bahagian Marang berjumpa dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, AJK Umno bahagian mencadangkan seorang pegawai tinggi kerajaan Terengganu menjadi calon mereka melawan Hadi.

Namun, cadangan itu ditolak oleh Najib dan meminta agar Hadi diberikan laluan, kata salah seorang ahli rombongan itu.

Calon-calon Umno yang bertanding di kerusi DUN Sura, Paka dan Wakaf Mempelam yang kuat Pas juga mempunyai kriteria yang sama, tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.

Di Wakaf Mempelam, satu kerusi yang kuat Pas, Umno juga meletakkan calon yang hanya berkelulusan SPM di situ.

Hadi diberikan laluan oleh Umno tetapi akan ditentang oleh calon dari PH.

Umno bakal mencalon Salleh Othman, 59 tahun, penyelaras DUN Wakaf Mempelam sebagai calon mereka di situ.

Pas akan meletakkan Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di situ.

Di DUN Sura, Umno bakal meletakkan Datuk Hajjah Zainon Abu Bakar, 65, yang tidak dinyatakan mempunyai sebarang kelulusan akademik dalam borang biodatanya sebagai calon.

Zainon, bendahari Wanita Umno Terengganu adalah pegawai pembangunan DUN Sura.

Pas bakal meletakkan Wan Hapandi Wan Nik, penyandang kerusi itu sekarang sebagai calonnya di kerusi ini.

Di Paka, Umno juga mengambil pendekatan yang sama apabila meletakkan mereka yang berkelulusan SPM sahaja di kerusi timbalan pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat itu.

Umno bakal mencalonkan penyelaras Dun Paka, Tengku Hamzah Tengku Draman di kerusi itu.

Pakatan Harapan (PH) pula meletakkan Ketua Pemuda AMANAH Terengganu, Hasbie Muda sebagai calonnya di situ.

Sebelum ini, bekas naib presiden Pas yang kini naib presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Pas menerima wang sebanyak RM2.5 juta dari Umno.

RM1.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Pas Pusat manakala RM1.0 juta lagi ke dalam akaun amanah tiga pemimpinnya termasuk Satiful Bahri Mamat.

AJK Pas Pusat yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki mengakui penerimaan wang itu tetapi ia adalah wang derma individu bukan dari Umno.

Sebelum ini, seorang lagi AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, melalui satu audio yang dikatakan suaranya mengaku menerima wang dari Umno.

Menurut suara yang dikatakan suara beliau itu, Presiden Pas dan lain-lain pemimpin kanan parti itu juga menerima wang dari Umno.

8.3
OVERALL SCORE
5 user votes x 10.0