Kerjasama Umno-Pas, krisis  Pas-Amanah beri undi pada BN

Kerjasama Umno-Pas, krisis Pas-Amanah beri undi pada BN

Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, kerjasama Umno-Pas dan krisis antara Pas dan Amanah sedikit sebanyak akan  menyumbang jumlah undi kepada  BN pada PRK kali ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, kerjasama Umno-Pas dan krisis antara Pas dan Amanah sedikit sebanyak akan  menyumbang jumlah undi kepada  BN pada PRK kali ini.

Beliau optimis berpandangan dengan pemilihan calon Pas Dr Abdul Rani Osman yang juga Adun Meru di Sungai Besar yang dianggap calon luar  juga akan menyumbang undi kepada BN.

“Kemelut dalaman Pas antara pemimpin dan ahli parti itu akan membawa sokongan kepada calon BN apabila terdapat segelintir  pengundi dan ahli yang  bertindak protes dalaman yang tidak menyokong kerjasama ini dilakukan mungkin akan beralih kepada BN dan Amanah.

“Calon Amanah pula dibelakangi DAP. Sudah pasti bekas ahli dan penyokong Pas yang tidak sehaluan dengan DAP yang berada dalam Amanah kemungkinan tidak akan memberi undi kepada Amanah dan Pas, sebaliknya akan berpihak kepada calon BN.

“Bagi penyokong DAP pula isu rang undang-undang yang dibentangkan Hadi di Parlimen baru-baru ini akan menjejaskan keyakinan pengundi Cina terhadap Pas dan Amanah kerana parti itu mempunyai dasar perjuangan yang sama mahu menegakkan Islam.

“Isu-isu seperti  kerjasama Umno-Pas  dan  krisis antara Pas-Amanah, membolehkan pengundi di Parlimen ini menilai semula undi mereka terhadap calon,” terangnya kepada Malaysia Dateline.

Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Sungai Panjang berkata pengundi di Parlimen itu boleh menilai usaha dilakukannya dalam menyelesaikan masalah penduduk, sepanjang tiga tahun menjadi wakil rakyat.

Bahkan mengakui walaupun beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di Sungai Panjang namun pengundi di Dun Sekinchan juga amat mengenali beliau.

“Politik adalah tentang memberi perkhidmatan, dan alhamdulillah rakyat termasuk kaum Cina dan India memberikan maklum balas yang positif terhadap khidmat yang saya berikan selama ini.

“Bukan sahaja di Sungai Panjang tetapi juga di Sekinchan. Orang cina panggil saya Yb Aman.

“Jadi rakyat mempunyai pilihan sama ada memilih orang yang telah mempunyai ‘track record’ atau memilih orang luar yang datang sebagai calon payung terjun,” katanya sambil melahirkan keyakinan bahawa BN akan menang dengan majoriti yang besar dalam PRK itu.

Malah, Budiman berkata Umno bahagian Sungai Besar berada dalam perpaduan dan kesiapsiagaan yang tinggi bagi memastikan BN mencapai kemenangan pada hari pengundian, 18 Jun ini.

Beliau turut menolak desas-desus kepimpinan Umno bahagian itu tidak berpuas hati dengan pemilihannya sebagai calon BN.

“Kalau tidak dipilih kepimpinan tempatan, mana boleh saya dicalonkan…ini bukan mengenai kejayaan peribadi tetapi kejayaan BN yang lebih penting dalam merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Harapan,” katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

TAGS