Kerjasama Umno-Pas tidak kurangkan undi PH di Cameron Highlands, kata Mahathir

Kerjasama Umno-Pas tidak kurangkan undi PH di Cameron Highlands, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad  mendakwa kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pas pada PRK Cameron Highlands tidak mengurangkan undi yang diperolehi Pakatan Harapan.

Katanya, kerjasama antara BN dan Pas pada PRK berkenaan antara punca PH tidak mampu merampas kerusi tradisi BN di parlimen tersebut.

“Kita dapati di Cameron Highlands walaupun PH kalah tapi undi kita meningkat, undi BN berkurangan sebabnya mereka menang kerana kita percaya gabungan antara parti Islam dengan parti kafir, Umno.

“Pas kata (parti kafir) bukan saya kata tapi sekarang ini kafir dan Islam dah bekerjasama. Jadi dapatlah mereka kemenangan bagi calon mereka.

“Di masa hadapan juga parti Islam dengan parti kafir ini akan bekerjasama untuk mendapat kemenaNgan di dunia, tetapi di akhirat kita belum tahulah di dunia ada kemungkinan dia menang,” ujarnya yang merujuk kepada kemenangan calon BN di Cameron Highlands baru-baru ini dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH yang dihadiri anggota daripada parti-parti gabungan.

Pengerusi PH ini juga berkata, pada PRK DUn Semenyih pada 2 Mac depan, PH menyakini dapat mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU14 lepas.

“Dalam PRK Semenyih kita yakin boleh menang, melainkan ada perkara luar biasa yang dilakukan Umno dan Pas. Sekarang ini Umno sudah tinggal separuh (ahli BN) sudah tidak ada. Kita tahu jika kita ambil kira kerjasama Umno-Pas itu.

“Kita sedar kemenangan kita tipis pada PRU14 dan kita telah atur cara-cara mengatasinya untuk mengekalkan kerusi Dun Semenyih,” ujarnya.

Pada PRU14 lalu Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor, 57, menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.

Bakhtiar mengalahkan wakil rakyat dua penggal di kawasan itu, Datuk Johan Abd Aziz daripada BN dengan majoriti 23,428 undi.

Pengerusi Bersatu itu berkata, PH akan memperoleh majoriti pengundi Melayu dan kaum kaum lain.

“Kemenangan kita dahulu kerana rakyat berasa kecewa dengan kerajaan lama. Tetapi Tumpuan mereka (pengundi) bukan lagi pada kesalahan lama tetapi mereka tertumpu kepada kerajaan PH yang mengambil alih kerajaan.

“Kita telah lakukan banyak perkara. Kita akan jelaskan kepada pengundi apa yang telah dan sedang serta akan kita dalam kempen diadakan kelak,” ujarnya.

Beliau turut mengumumkan bagi PRK Dun Semenyih Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH, akan diketuai Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.