Kertas A4: ANAK kesal arahan tidak benarkan sekolah terima bantuan pembangkang

Kertas A4: ANAK kesal arahan tidak benarkan sekolah terima bantuan pembangkang

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) dukacita dan kesal di atas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, yang mengarahkan pihak sekolah tidak menerima bantuan kertas A4 dari parti pembangkang.

Ia ekoran sumbangan Parti Amanah Negara kawasan Tenggara yang diketuai Pengerusi Pusat Peduli Rakyat Dun Pasir Raja, Abrary Ramly di 7 buah sekolah di sekitar Dun Pasir Raja. Dun Pasir Raja terletak dalam Parlimen Tenggara, Johor.

“Seharusnya Kerajaan meraikan semua pihak tanpa mengira latarbelakang politik demi kepentingan pendidikan di negara ini.

“Kerajaan seharusnya menyiasat dakwaan dari pentadbiran sekolah maupun PIBG mengenai kekurangan kertas, sehingga ada permohonan dibuat kepada ibubapa dan kedai pencetak sejak tahun lalu. Hatta, kertas kitar semula pun di pohon dari kilang pencetak.

Datuk Ayub Rahmat

“Ini semua gara gara peruntukan kertas yang sepatutnya disediakan Kementerian Pelajaran tidak mencukupi bagi kegunaan pihak sekolah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru Mazlan menyifatkan kenyataan dan arahan Datuk Ayub Rahmat sebagai keterlaluan dan merendahkan mentaliti beliau di sisi rakyat.

Semalam media melaporkan kenyataan Datuk Ayub Rahmat yang dipetik berkata,parti AMANAH memberi bantuan kertas A4 kepada beberapa sekolah di Dun Pasir Raja serta mengambil gambar penyerahan itu untuk dimanipulasi tanpa pengetahuan pihak sekolah.

Kata beliau lagi Amanah memberi 10 rim kertas mendapat liputan berita sedangkan katanya, pemimpin Umno seperti Ahli Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique bagi 150rim, Adun Pasir Raja Datuk Seri Dr Adham Baba (50 rim) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai (42rim) tidak dilaporkan..

Justeru beliau telah mencabar Amanah menghantar 150 rim setiap minggu. Beliau turut berkata Pejabat Pendidikan memang membekalkan sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi terutamanya kertas dan ujarnya lagi, pembangkang dinasihatkan jangan mempolitikkan sekolah terutamanya di Johor.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote