Malaysia Dateline

Kertas putih Felda dibentang April nanti

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin memberitahu kertas putih kelestarian Felda akan dibentang pada minggu terakhir persidangan Dewan Rakyat kali ini yang berlangsung sehingga 11 April depan.

Menurutnya, kertas putih tersebut akan memperincikan beberapa masalah dihadapi Felda dan usaha-usaha yang mahu diambil untuk menstabilkan agensi tersebut.

“Kertas putih ini akan memperincikan beberapa perkara termasuklah perancangan jangka pendek dan sederhana serta jangka panjang dan ini juga melibatkan isu-isu berkaitan hutang peneroka,” jelasnya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, banyak pihak menggesa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali segera menyusun langkah memulihkan Felda berbanding hanya mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam agensi tersebut.