Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kertas Putih Pertahanan akan dibentang pada sesi Parlimen akan datang

Kertas Putih Pertahanan akan dibentang pada sesi Parlimen akan datang

MALAYSIADATELINEJuly 15, 2019 11:59 am




Kertas Putih Pertahanan akan dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen akan datang, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

“Kita akan bentang pada sesi seterusnya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Mohamad dilaporkan berkata dokumen itu dirangka dengan mengambil kira aspek jangka pendek dan panjang dasar pertahanan negara, sekali gus memberi fahaman secara menyeluruh kepada rakyat mengenai hala tuju kementerian tersebut.

Cadangan Kertas Putih Pertahanan negara pertama kali dibuat untuk menunjukkan komitmen kerajaan dalam dasar pertahanan negara dalam dekad akan datang.

Pada perkembangan lain, Mohamad juga mengumumkan kerajaan dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatan hospital di kem pelarian Rohingya di Cox Bazaar, Bangladesh demi keselesaan penghuninya di situ.

Jelas beliau, Kementerian Pertahanan akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan dalam usaha menaiktaraf kebajikan dan fasiliti hospital tersebut.

“Mungkin kita akan minta lebih ramai doktor perubatan di sana untuk keselesaan semua,” katanya seperti dipetik FMT hari ini.

Beliau berkata, kementerian sedang mempertimbangkan untuk menyambung perkhidmatan perubatan itu yang dijangka tamat pada 31 Disember ini.

Katanya, kementeriannya juga sedang berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan Bangladesh dalam usaha melanjutkan operasi hospital tersebut.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production