Kertas Putih Pertahanan ke Parlimen Oktober ini, kata Mohamad

Kertas Putih Pertahanan ke Parlimen Oktober ini, kata Mohamad
Liew Chin Tong (kiri) dan (kanan) Mohamad Sabu pada sidang media di Kementerian Pertahanan hari ini.

Kertas Putih Kementerian Pertahanan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober  dan kini diperingkat akhir untuk disiapkan sebelum dirujuk ke Parlimen,, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini kementeriana sedang dalam proses membaca dan mengedit  untuk beberapa penambahbaikan.

“Ia kemudian akan dibentangkan pada sesi ketiga Parlimen akan datang (Oktober ini),” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian dan Kempen mengibarkan Jalur Gamilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Wisma Pertahanan pagi tadi.

Turut hadir Timbalan Menterinya Senator Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar Yahya mewakili Panglima Tentera Laut; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang mewakili Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, misi pencarian dua anggota tentera yang hilang di Pulau Perak masih dilakukan.

“Pihak tentera darat terus berusaha mencari kedua dua anggota itu.

“Operasi di laut dan sebagainya hanya dilaksanakan jikalau ada tanda-tanda baharu untuk diteruskan pencarian.

“Namun setakat ini tanda-tanda baharu tidak muncul lagi jadi kita akan terus usahakan terutamanya di daratan,” katanya lagi

Pada 22 Julai lalu, Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan kehilangan dua anggota iaitu Koperal David Edmund Rapi dan Lans Koperal Moses Logers dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) berpangkalan di Kem Bukit Cowder, Perlis.

Kehilangan kedua-dua anggota itu dikesan ketika ketua penempatan membuat pemeriksaan pada lewat malam 19 Julai bagi mengira kekuatan anggota