Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kertas siasatan kesalahan TNB kini di Jabatan Peguam Negara

Kertas siasatan kesalahan TNB kini di Jabatan Peguam Negara

BernamaJuly 23, 2019 6:07 pm




Kertas siasatan berhubung kesalahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam insiden bil pengguna melambung pada Mei lepas sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk maklum balas, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

“Kertas siasatan telah disiapkan dua minggu selepas insiden kenaikan bil pengguna TNB berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Low Carbon Cities 2030 Challenge di Greentech Malaysia di sini hari ini.

 Pada Mei lepas, sebahagian pengguna TNB mengadu bil elektrik masing-masing melambung berlipat kali ganda berbanding jumlah yang lazim dibayar setiap bulan.

Susulan itu, Yeo dilaporkan berkata TNB ada melakukan kesalahan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 dan akan dikenakan penalti oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

TNB pada 31 Mei juga mengakui berlaku gangguan dalam sistem pengebilan mereka yang menyebabkan segelintir pengguna menerima bil yang tinggi.

Ditanya jumlah penalti yang bakal dikenakan ke atas TNB, Yeo berkata: “Kita (kementerian) hendakkan (penalti) tinggi. Tengoklah macam mana.”- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production