Kerugian TH diunjur RM3.14 bilion, kata Rafizi

Kerugian TH diunjur RM3.14 bilion, kata Rafizi

Kedudukan rizab Lembaga Tabung Haji (TH) diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 iaitu dua tahun berturut-turut rizab TH mengalami defisit, selaras dengan peringatan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, kata Naib Presiden PRK, Rafizi Ramli.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Rafizi Ramli Kedudukan rizab Lembaga Tabung Haji (TH) diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 iaitu dua tahun berturut-turut rizab TH mengalami defisit, selaras dengan peringatan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, kata Naib Presiden PRK, Rafizi Ramli.

Defisit rizab TH bagi tahun kewangan 2015 diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.195 bilion. Rizab yang negatif bermakna TH tidak berkeupayaan memulangkan semua simpanan pendeposit jika dituntut serentak oleh pendeposit.

Dalam satu kenyataan  beliau menerangkan, keuntungan RM3.53 bilion yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir pada 4 Februari 2016 lalu tidak mengambil kira kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti yang dipegang TH sebagai pelaburan.

Memandangkan prestasi Bursa Kuala Lumpur jatuh mendadak sepanjang tahun 2015, kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.14 bilion.

Jika kerugian akibat kejatuhan harga saham mencecah paras tersebut, ia boleh menghapuskan keuntungan yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir.

TH membayar bonus melebihi keuntungan yang dijana pada tahun-tahun 2012 dan 2014. Bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 (yang dibayar pada awal 2013) besar kemungkinan dakwanya bermotifkan pilihanraya.

Bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 (yang dibayar pada awal 2015) disyaki berlatar belakangkan krisis 1MDB bila mana pihak berkuasa perlu meyakinkan rakyat bahawa masalah kewangan 1MDB tidak mempunyai kesan kepada pasaran kewangan tempatan.

“Adalah sangat penting bagi pendeposit dan rakyat tahu bahawa pengumuman bonus tahunan 5 peratus dan bonus haji 3 peratus bukanlah bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji adalah kukuh. Tambahan pula ia terlibat dalam beberapa pelaburan yang mendatangkan kerugian besar dan kebelakangan ini terlibat dengan 1MDB,” ujar Ahli Parlimen Pandan ini.

Kata beliau  lagi, telah meneliti dan menganalisa penyata kewangan TH yang diaudit bagi tahun-tahun kewangan 2009 hingga 2014.

“Saya juga mengambil kira pengumuman keuntungan dan bonus yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir minggu lalu.

“Berdasarkan angka-angka ini, saya telah menulis satu laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji dan unjuran rizabnya bagi tahun kewangan 2015 (yang disertakan bersama).

“Oleh kerana penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit lazimnya hanya dikeluarkan di akhir tahun, orang ramai hanya boleh mengetahui kedudukan sebenar kewangan dan rizab Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015 di akhir tahun 2016.

“Ini sudah tentu tidak baik kerana pelbagai perkara boleh berlaku di antara sekarang dan akhir tahun ini, apatah lagi dalam keadaan rizab TH yang sudah pun negatif bagi tahun kewangan 2014.

Oleh yang demikian, saya berharap analisa dan laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan TH akan membuka satu perbincangan awam mengenai prestasi TH yang mendorong institusi itu mengeluarkan penyata kewangannya yang diaudit lebih awal.

“Analisa saya menunjukkan perkara-perkara berikut yang perlu diberi perhatian segera oleh rakyat dan pengurusan Tabung Haji (dirumuskan di mukasurat 1 dan 2 dalam laporan,” ujarnya.

Rafizi menjelaskan laporan analisis yang dibuatnya boleh di downlaoad di:
https://drive.google.com/file/d/0B2GRLI8QVQQgSDZmYTJrYXFuMEU/view?usp=sharing

“Saya akan terus menyiarkan analisa kewangan mengenai Tabung Haji dengan harapan ia akan dapat mendorong kerajaan menggantikan Pengerusi Tabung Haji sedia ada dengan seorang yang lebih sesuai dan arif dalam hal ehwal pelaburan,” ujarnya.

TAGS