Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerusi Exco: 2 Adun Bersatu tunggu keputusan parti

Kerusi Exco: 2 Adun Bersatu tunggu keputusan parti

MOHD ALI HASHIMMarch 5, 2020 10:00 am




(kiri) Khalid Mehtab Mohd Ishaq dan (kanan) Zolkifly Md Lazim.

Kekosongan kerusi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah dikosongkan oleh Dr Afif Bahardin semalam, masih menjadi tanda tanya samada ia akan diisi oleh Adun dari AMANAH atau Bersatu.

Setakat ini Adun Bersatu, Khalib Mehtab Mohd Ishaq yang dihubungi menyerahkan kepada pimpinan Bersatu untuk membuat keputusan mengenai kedudukan kerusi tersebut.

Manakala seorang lagi Adun Telok Bahang, Zolkifly Md Lazim yang juga mewakili Bersatu turut menyatakan bahawa keputusan mengenai kekosongan kerusi tersebut diserahkan kepada pimpinan parti untuk membuat keputusan.

Setakat ini kerusi tersebut juga telah lama diintai oleh Adun Permatang Pasir dan Adun Bayan Lepas yang mewakili AMANAH.

Baca: Kembali ke meja rundingan

Sementara itu Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad amat berharap Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil diberi peluang bagi mengisi kekosongan tersebut berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan yang ada pada beliau.

Dr Roslan Ahmad

“Beliau harus diberi peluang kerana mempunyai kemampuan dan kebolehan serta pengalaman bagi membantu kerajaan negeri khususnya dalam menjayakan aspirasi ‘Wawasan Penang 2030’.

“AMANAH merupakan rakan setia yang telah pun dibuktikan ketika krisis politik baru-baru ini.

“Malah kami akan terus menjadi rakan yang setia kepada kerajaan negeri demi keutuhan kerajaan Pakatan Harapan, ” tegas beliau.

Sehingga ini PKR yang memenangi 14 kerusi Dun mendapat dua kerusi Exco dan 1 kerusi Timbalan Ketua Menteri 1.

Sementara itu DAP yang memenangi 19 kerusi Dun mendapat 6 kerusi Exco, Ketua Menteri dan juga Timbalan Ketua Menteri II.

AMANAH dan Bersatu yang masing-masing memenangi dua kerusi tidak diberikan mana-mana kerusi Exco sehingga kini walaupun tuntutan pernah dibuat sebelum ini.

Umno menenangi kerusi Dun Permatang Berangan dan Sungai Dua dan Pas memenangi kerusi Dun Penaga.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production