Malaysia Dateline

Kes Altantuya wajar dibuka semula, kata peguam MP AMANAH

Persoalan siapa yang arah mangsa dibunuh dan kenapa juga terus menjadi persoalan, kata Hanipa.

Peguam yang juga ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin setuju setuju dengan idea untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Beliau memberikan beberapa sebab, kenapa kes ini perlu dibuka semula.

“Kes tersebut amat besar dan telah memalukan negara ini serta menjatuhkan reputasi dan integriti sistem pentadbiran undang-undang dalam negara kita,” katanya.

Sebelum ini, peguam yang juga Shli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, polis tidak perlu menunggu laporan baru dibuat bagi membuka semula siasatan berhubung pembunuhan wanita Monggolia, Alktantuya Shariibuu.

“Tidak perlu laporan polis baru untuk dibuat, memandangkan kemungkinan besar orang yang mengarahkan pembunuhan Altantuya sudah diketahui polis sejak awal siasatan kes berkenaan, dan ini merupakan aspek yang sangat penting yang tidak diambil kira dalam siasatan berkenaan.

“Tidak logik untuk penyiasat hanya bertanya siapa bunuh Altantuya tanpa bertanya motif tindakan dalam penyiasatan berkenaan,” katanya dalam kenyataannya semalam, lapor Roketkini.

Di samping itu, Hanipa berkata, banyak isu yang menjadi misteri tak terjawab sehingga kini, antaranya:-

* Kenapa ada Orang Kena Tuduh (OKT) yang diberi jaminan sebelum bicara bagi kes seserius itu?

* Mengapa OKT tersebut juga kemudiannya bila dibebaskan di akhir kes pendakwa, peguam negara tidak merayu.

Menurut Hanipa, dia pernah bangkitkan isu tersebut dalam Parlimen dan pernah juga menulis artikel di Malaysiakini ” absence of evidence is not evidence of absence”..persoalkan perkara itu .

*Kenapa hakim yang agak junior yang diarah dengar kes itu?

Di samping, persoalan siapa yang arah mangsa dibunuh dan kenapa juga terus menjadi persoalan.

“Jika tidak silap saya dalam afidavit OKT ketika pohon jamin, ada juga dibangkit isu “pengakuan” dari salah seorang lagi OKT yang dia pernah “tamatkan riwayat mangsa lain” sebelum itu.

“Jika betul, mengapa terjadi begitu?” soal Hanipa.

Justeru itu, katanya, demi keadilan, perlu ada pendedahan sewajarnya tentang tragedi itu.