Malaysia Dateline

Kes baharu 11,079 hari ini, pertama kali lepasi 10,000

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan 11,079 kes baharu menjadikan keseluruhan kes yang direkodkan dalam negara sebanyak 855,949 kes.

Ini merupakan kali pertama negara merekodkan peningkatan kes tertinggi melebihi 10,000 kes sehari.

Selangor terus mencatatkan peningkatan dengan 5,263 kes hari ini, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 1,521 kes.

Negeri Sembilan juga mencatatkan kes mendadak sebanyak 1,033 kes.

Kedah (497 kes), Sarawak (472 kes), Johor (406 kes), Perak (329 kes), Melaka (323 kes), Pahang (321 kes), Sabah (239 kes), Pulau Pinang (234 kes), Kelantan (211 kes), Terengganu (93 kes), Putrajaya (77 kes), Labuan (60 kes), manakala Perlis tidak mencatatkan sebarang kes.