Malaysia Dateline

Kes baharu 1,295, Selangor catat kes tertinggi 481 kes

Kes harian baharu sebanyak 1,295 kes telah direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 87,913 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,751 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala
penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,285 kes.

Katanya, terdapat 113 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes
memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau memaklumkan terdapat pertambahan tujuh kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah
kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 429 kes (0.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 481 kes (37.1 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 356 kes (74.0 peratus) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh negeri Sabah yang melaporkan sebanyak 268 kes (20.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur sebanyak 232 kes (17.9 peratus).

Sebanyak 1,052 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-
19 adalah sebanyak 72,733 kes (82.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).