Malaysia Dateline

Kes baharu Covid-19, ICU terus melambung

Sebanyak 3,807 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini bertambah berbanding 3,733 kes semalam menjadikan kumulatif kes meningkat kepada 444,484.

Selangor kekal mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 1,149 kes, diikuti Sarawak (649), Kelantan (329) dan Kuala Lumpur (320).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan semua negeri mencatatkan kes baharu hari ini.

“Negeri mencatatkan pertambahan kes terendah ialah Labuan dan Perlis, masing-masing tiga kes,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga tengah hari tadi, terdapat 17 kes kematian disebabkan oleh Covid-19 dilaporkan.

Jumlah kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini pula membabitkan 434 kes berbanding 416 kes dengan kes aktif sekarang mencecah 37,396 kes.