Malaysia Dateline

Kes baharu Covid-19 kembali meningkat kepada 182 kes

Kes terbaharu COVID-19 pada hari ini kembali meningkat kepada 182 kes menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,810 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 501 kes.

Daripada 182 kes baharu yang dilaporkan, terdapat satu kes import yang dilaporkan di negeri Selangor, melibatkan seorang warganegara Filipina.

Sebanyak 181 kes penularan di dalam negara, 90 adalah warganegara Malaysia manakala 91 adalah bukan warganegara.

Di Sabah mencatat 167 kes daripada kluster Benteng LD, di mana 91 kes merupakan bukan warganegara manakala Kedah sebanyak 14 kes membabitkan 11 kes daripada Kluster Sungai dan tiga kes daripada Kluster Telaga.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini, terdapat sembilan kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” kata beliau.

Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.