Malaysia Dateline

Kes baharu Covid-19 melonjak 4 hari berturut-turut

Kes baharu Covid-19 mencatatkan pertambahan sebanyak 6,377 lagi dalam tempoh 24 jam.

Rekod hari ini sekaligus menyaksikan peningkatkan empat hari berturut-turut, sejak 25 Oktober lalu.

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 sejak melanda negara ini sebanyak 2,454,749 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Sementara itu, kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 98 kes setakat semalam termasuk 32 kes kematian di luar hospital (BID).