Malaysia Dateline

Kes baharu Covid-19 melonjak ke 691 kes, 4 meninggal

Mengejutkan. Kes baru Covid-19 hari ini berjumlah 691 kes dengan empat kematian.

Dari jumlah itu, 688 adalah kes tempatan manakala hanya tiga kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Nor Hisham Abdullah.

Lebih separuh kes hari ini iaitu 394 dari Kluster Tembok, Kedah (penjara) dan  219 kes dari zon-zon merah di Sabah.

Dari 4 kematian baharu yang dicatatkan, tiga adalah di Sabah dan  Pulau Pinang (1).

Semalam kes baharu adalah 432, bermakna hari ini naik 259 kes.