Malaysia Dateline

Kes baharu Covid-19, pesakit di ICU terus melonjak

Jangkitan baharu Covid-19 terus melonjak kepada 1,889 kes hari ini dengan rekod tertinggi di Selangor sebanyak 517 kes diikuti Sarawak (489) dan Kelantan (226).

Peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini sudah mencecah 347,480 kes dengan 16,696 kes aktif.

Jumlah pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga meningkat kepada 204 kes berbanding 199 kes semalam.

Daripada jumlah pesakit Covid-19 di ICU yang dilaporkan, 79 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

LANJUT MENYUSUL