Malaysia Dateline

Kes baharu Covid-19 sudah bawah 18,000

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan kes positif Covid-19 di bawah angka 18,000.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara mencatatkan 17,672 kes baharu menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara sebanyak 1,572,765 kes.

Sementara itu, tujuh negeri terus mencatat empat angka iaitu Selangor 4,316 kes, diikuti Sabah 2,474 kes.

Lima negeri lagi mencatatkan jangkitan baharu antara 1,000 dan kurang 2,000 kes iaitu Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367), dan Kelantan (1,176).

Sementara itu, Perak setakat 12 tengah hari tadi mengesan 952 kes baharu manakala Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24), dan Labuan tujuh kes.