Malaysia Dateline

Kes baharu Covid-19 terus meningkat, hanya Pulau Pinang menurun

Jangkitan kes Covid-19 di seluruh negara terus mencatatkan peningkatan untuk tiga hari berturut-turut dengan 5,841 kes hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik tersebut bertambah kepada 716,847 kes.

Hanya Pulau Pinang merekodkan sedikit penurunan iaitu 108 kes hari ini berbanding 159 kes semalam.

Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi kes positif Covid-19 dengan 2,072 baharu hari ini.

Selain Perlis dengan hanya lima kes baharu dan Putrajaya 17 kes dikesan dalam tempoh 24 jam, Terengganu mencatatkan dua digit jangkitan harian dengan 29 kes hari ini.