Malaysia Dateline

Kes baharu Covid-19 turun 16,073, Johor dan Sarawak dahului Selangor

Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 16,073 kes hari ini, berbanding 19,198 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 1,995,771 kes direkodkan setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, Sarawak kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes Covid-19 iaitu sebanyak 3,522 kes. Johor hari ini pula mendahului Selangor dengan 2,030 kes.

Sementara itu, enam negeri lagi mencatatkan pertambahan kes empat angka.

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Sarawak – 3,522 (160,320)
Johor – 2,030 (166,251)
Selangor – 1,947 (643,580)
Sabah – 1,649 (175,512)
Pulau Pinang – 1,243 (109,505)
Kedah – 1,191 (119,118)
Kelantan – 1,070 (94,804)
Perak – 1,011 (83,666)
Pahang – 878 (52,505)
Terengganu – 704 (43,505)
WPKL – 398 (180,466)
Melaka – 206 (53,449)
Negeri Sembilan – 156 (94,623)
Perlis – 41 (2,832)
WP Putrajaya – 16 (5,748)
WP Labuan – 11 (9,887)