Malaysia Dateline

Kes baharu hampiri angka 7,000 hari ini

Kes baharu Covid-19 melonjak lagi hari ini dan hampir mencecah angka 7,000 apabila 6,806 kes positif direkodkan hari ini.

Ini adalah angka tertinggi yang pernah dicatatkan menjadikan jumlah kes di Malaysia menghampir setengah juta iaitu 492,302 kes sehingga kini.

Kes di Selangor paling tinggi iaitu 2, 277, dikuti Kuala Lumpur 655, Johor 615, Kelantan 426 dan Kedah 417.