Malaysia Dateline

Kes baharu Covid-19 pecah rekod lagi, 7,289 hari ini

Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini melepasi angka 7,000 apabila 7,289 kes direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor adalah negeri yang paling banyak kes baharu iaitu 2,642 kes dengan diikuti oleh Johor (664), Kuala Lumpur (604) dan Sarawak (513).

Dalam kenyataan yang dimasukkan ke dalam Facebook beliau itu, beliau berkata, selain dari empat negeri itu, Kelantan paling banyak iaitu 425 kes diikuti oleh Negeri Sembilan (410), Pulau Pinang (380), Kedah (336), Terengganu (268), Sabah (266), Melaka ( 258), Perak (218), Pahang (211), Labuan (63), Putrajaya (23) dan Perlis (8).

BERSAMBUNG