Malaysia Dateline

Kes baharu lebih angka 3000 hari ini

Kes baru positif COVID-19 hari ini mencecah angka 3,142 kes menjadikan kumulatif kes baru setakat ini sebanyak 401,593 kes.

Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes aktif pula sebanyak 26,719 kes.

Daripada kes baru ini, seramai 13 orang daripada kes import manaka 3,129 adalah kes tempatan.

Terdapat 306 pesakit ditempatkan dalam ICU di mana 151 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan

Seramai 15 orang telah disakan maut menjadikan kumulatif kes meninggal dunia seramai 1,477 kes.

Kes kematian ini melibatkan enam kes di Sarawak, dua kes di Kelantan, serta masing-masing satu kes di Johor, Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, dan Pahang.

Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,019 kes (32.4 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 819 kes (80.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 523 kes (16.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 440 kes (14.0 peratus).