Malaysia Dateline

Kes baharu meningkat semula kepada 2,468

Harapan untuk menurunkan kes baharu Covid-19 ke bawah angka 2,000 berkecai hari ini apabila jumlah kes baharu Covid-19 meningkat kepada 2,468 berbanding 2,192 semalam.

Kes kematian juga meningkat kepada 14 berbanding hanya enam (6) semalam.

Kes sembuh yang dicatatkan hari ini adalah 4,055 menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan adalah 256,678 iaitu 89.05 peratus dari jumlah kes.

Selangor terus mencatat kes tertinggi iaitu 932, dikuti Johor (428), Perak (308) dan Pulau Pinang serta Kuala Lumpur masing-masing 155 kes.