Malaysia Dateline

Kes baru 1,153, 5 kluster dikenal pasti

Kes harian baharu sebanyak 1,153 kes telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 91,969 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 15,294 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,151 kes.

Sehingga kini, terdapat 112 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan satu kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian
COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 433 kes (0.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu kluster tapak Bina Jalan Zuhrah, kluster Keris Residence, kluster Jalan Timah, kluster Brumas dan kluster Long Panji.

Namun, bilangan kes sembuh COVID-19 hari ini adalah sebanyak 998 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 76,242 kes.