Malaysia Dateline

Kes baru 12,528, kes kematian tertinggi 138 hari ini

Kes baru hari ini masih kekal pada angka lebih 12,000 iaitu sebanyak 12,528 kes menjadikan kumulatif kes setakat ini sudah melepasi 900,000.

Pecahan kes harian hari ini menunjukkan negeri Selangor kekal mendahului iaitu sebanyak 4,985 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,740 kes kemudian Negeri Sembilan pada angka 1,280 kes.

Dalam pada itu, jumlah kematian direkodkan hari ini sebanyak 138 kes adalah yang tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 46 kes di Selangor, 20 kes di Negeri Sembilan,
masing-masing 16 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor, 12 kes di Pahang, 11 kes di Melaka, tujuh kes di Kedah, empat kes di Perak, tiga kes di Pulau Pinang, dua kes di Terengganu, dan satu kes di Sabah.

Manakala kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 908 kes di mana 425 kes memerlukan bantuan pernafasan