Malaysia Dateline

Kes baru 1,470 kes, 162 pesakit dalam ICU

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,470 kes baru dilaporkan menjadikan kumulatif kes setakat hari ini sebanyak 322,409 kes manakala kes aktif pula sebanyak 16,711 kes.

Daripada kes baru ini ia membabitkan 12 kes import dan 1,458 kes tempatan di mana terdiri daripada 1,099 warganegara dan 359 bukan warganegara.

Seramai 162 pesakit masih di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 70 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Beberapa hari ini jumlah kes kematian tidak begitu ramai dan pada hari ini hanya 3 kematian dicatatkan menjadikan kumulatif kes kematian adalah 1,206 kes.

Bagi kes-kes kematian pada hari ini melibatkan satu kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan
Terengganu. Ketiga-tiga kes merupakan warganegara.

Jumlah kes baru tertinggi pada hari ini hanya 551 kes iaitu di negeri Selangor di mana daripada jumlah ini, sebanyak 473 kes (85.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 222 kes (15.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 178 kes (12.1 peratus).