Malaysia Dateline

Kes baru 1,680 manakala 7 kematian direkod hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 1,680 kes baru harian telah direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes baharu positif COVID-19 setakat ini adalah 311,777.

Daripada kes baru itu, sebanyak 1,667 kes adalah dalam kalangan tempatan manakala hanya 3 kes daripada kes import.

Berlaku pertambahan tujuh lagi kematian telah direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini seramai 1,1677 kes.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Selangor, tiga (3) kes di Sarawak dan satu (1) kes di Sabah. Kesemua kes melibatkan warganegara.

Sehingga hari ini, seramai 172 pesakit positif COVID-19 dirawat di dalam ICU di mana 84 orang pesakit masih memelukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh pada hari ini melebih jumlah kes baharu iaitu 2,548 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 289,452 kes.

Bagi kes positif di peringkat negeri, Selangor terus mencatat kes tertinggi iaitu 826 kes manakala pada hari ini negeri Sarawak direkodkan negeri kedua tertinggi kes baru iaitu sebanyak 221 kes.

Daripada jumlah ini di Selangor, sebanyak 737 kes (89.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.