Malaysia Dateline

Kes baru 17,405, Kedah catat peningkatan kes

Kes baru positif COVID-19 hari ini mencatat jumlah 17,405 kes menjadikan kumulatif kes setakat ini sebanyak 1,061,476 kes.

Negeri Selangor mencatat 7,171 kes manakala Kuala Lumpur sebanyak 2,880 kes.

Bagaimanapun negeri Kedah berlaku peningkatan berbanding semalam iaitu 1,112 kes, begitu juga Sabah mencatat 913 dan Terengganu kepada 490 kes.

Hampir kesemua negeri mencatat jumlah tiga angka bagi kes baru hari ini.