Malaysia Dateline

Kes baru 19,495, Sarawak catat peningkatan kepada 4,709 kes

Bilangan kes baharu pada hari ini 19,495 kes menjadikan kumulatif kes baru setakat ini 2,030,935 kes.

Hari ini negeri Sarawak mencatat kes tinggi paling ketara iaitu 4,709 kes berbanding negeri-negeri lain.

Bagaimanapun masih terdapat lapan negeri yang mencatat empat angka iaitu, Selangor (2,701), Sabah (2,015), Johor (1,860), Kedah (1,178), Pulau Pinang (1,757), Kelantan (1,434), dan Perak (1,174).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Noor Hisham Abdullah, sehingga kini status penggunaan katil Covid-19 di ICU sebanyak 81% dan bukan di ICU pula 74%.

Peratus kumulatif pemberian dos Vaksin Covid-19 pula katanya, untuk satu dos sebanyak 66.3 %, dan lengkap dua dos iaitu 54.1 %  polupasi keseluruhan.

Manakala populasi dewasa yang mendapat satu dos sebanyak 92.2 % dan sebanyak 75.4% adalah populasi dewasa yang lengkap dua dos.